Program Webinar NADI X Cybersecurity

1 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2024, Susulan daripada Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah berlangsung di seluruh negara, Pihak Sekretariat NADI X Cybersecurity telah menganjurkan Webinar Keselamatan Siber yang bertajuk Jejak Siber: Mengenal serangan Dunia Siber. Program webinar ini mensasarkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun. NADI Kampung Quop telah menghadiri webinar tersebut dengan diwakili oleh 5 orang pelajar sekolah menengah dan Sijil Digital akan diberikan kepada peserta yang hadir.

Tujuan Program NADI X Cybersecurity adalah untuk membina asas kesedaran keselamatan siber bagi pelajar sekolah menengah. Pihak Sekretariat NADI X Cybersecurity telah menganjurkan webinar yang direka untuk memperkenalkan konsep asas keselamatan siber secara menarik dan mudah difahami. Melalui pembelajaran interaktif dan contoh praktikal, pelajar akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang cara melindungi diri mereka dalam talian dan mengenali ancaman siber yang biasa.
Semoga Program Webinar tersebut dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada para pelajar mengenai keselamatan siber pada zaman kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali